About Us

Komited Membawa Impak Terhadap Kesihatan, Kecantikan dan Kehebatan terhadap setiap insan yang kami jalinkan Silaturrahim...

Contact Us

  • info@mayfirst.com.my 
  • +603-55131688 
  • +016-2130548 (Mobile)
  • +016-2130549 (Mobile)
  • +603-55133688 (Fax)

www.facebook.com/mayfirst2u

  • No. 71, Jalan Snuker 13/28
    40100
    Malaysia
Ikuti kami di Facebook :
Buletin MayFirst - May 2012
Program Business Builder

Frequently Asked Question

 

  1. Apakah Objektif Program BB ini diwujudkan?
  • Untuk menjadi usahawan MayFirst dengan modal yang minima dengan pulangan bonus yang tinggi
  • Untuk membantu mempercepatkan kenaikan pangkat dan membantu pengumpulan PV untuk mencapai insentif pelancongan disamping meningkatkan bonus kumpulan
  • Meningkatkan pengetahuan tentang produk-produk yang terdapat dalam pakej wanita dan lelaki serta kaitannya dengan bacaan Mesin Analisis Tubuh Omron

 

2. Apa kriteria pemilihan gabungan produk?

  • Berkaitan dengan bacaan Mesin Analisi Tubuh Omron. Cadangan produk bersesuaian adalah berasaskan bacaan mesin.
  • Top Selling Produk - Mudah dijual dan permintaan tinggi

 

3. Kenapa stokis perlu mengambil bahagian dalam Program BB?

  • Harga pakej BB lebih murah daripada harga pengedar (Lebih kurang 30% less drp pengedar terutamanya untuk belian ulangan
  • Insentif pengenal sebanyak RM200 diperolehi serta merta oleh pengenal
  • Penggunaan alat bantuan jualan yang lebih efektif dalam membantu proses jualan. Lebih mudah dan menyakinkan.

 

4. Berapa lamakah tempoh Program BB ini?

  • Ia bermula Mei 2012 dan Berakhir August 2012

 

5. Bagaimana untuk mendaftar program ini?

  • Isi borang permohonan menjadi BB dan isikan pilihan 6 pakej yang dikehendaki
  • Fax/Email borang beserta bukti pembayaran ke Hq 03-55133688 atau email ke operation@mayfirst.com.my

 

6. Bagaimana untuk memperolehi insentif pengenal /rebat RM200

  • Langkah 1 - Mendaftar sebagai BB dengan pembelian pakej bernilai RM1,500(SM) RM1,650 (SS)
  • Langkah 2 - Perkenalkan BB baru (RM1,500SM ,RM1,650SS) dalam rangkaian anda tetapi anda cuma perlu bankin RM1,300(SM) RM1,450 (SS) shj dalam akaun syarikat. Baki RM200 adalah insentif pengenal untuk anda
  • Langkah 3 - Membuat pembelian ulangan pakej BB (RM1,200SM rm1,320SS) . Anda cuma perlu bankin RM1,000(SM) rm1,120(SS). Baki RM 200 adalah rebat insentif atas belian ulangan.

 

7. Adakah komisyen stokis diperolehi untuk pembelian pakej BB?

  • Tiada komisyen stokis diberikan kerana pembelian adalah secara terus ke HQ. Untuk makluman stokis pulangan insentif pengenal/rebat adalah lebih tinggi daripada pemberian komisyen sedia ada. Walau bagaimanapun untuk stokis memperolehi submission jualan pada harga biasa melayakkan stokis memperolehi komisyen.

 

8. Bolehkah gabungan produk ditukarkan kepada produk lain ikut pilihan saya dengan nilai RM

1,200(SM) 1,320 (SS)?

  • Tidak, kerana gabungan produk dalam pakej adalah bersesuaian dengan fungsi keseluruhan keperluan wanita & lelaki yang dikeluarkan oleh MayFirst
MayFirst Hijrah - Mesej Pengasas
Sillaturrahim Membawa Berkat...

 Assalamua’laikum Sahabat MayFirst yang saya sanjungi,

Pada satu ketika dahulu, kita menjalinkan sillaturrahim yang menguntungkan. Dengan berkat Allah swt, kita saling berkerjasama menjayakan perniagaan MayFirst dengan lumayan. Kita kecapi rezeki yang dilimpahi dengan semangat berasaskan kemelayuan dan keislaman saperti digalakkan oleh agama.

Rezeki ditangan Tuhan. Dia memberi dan Dia menentukan. Tsunami Pronoton yang melanda amat mencabar dan dugaan yang getir. Ramai rakan yang beralih mencari rezeki di halaman lain. Ramai juga yang berehat . Dan ramai juga yang sedia mengharungi dugaan seperti perang syahid.

Kita diajar untuk mempercayai bahawa tiap dugaan Allah ada terselit hikmah , hidayah dan iktibarnya . Kepada mereka yang yakin, doa , ibadah, usaha dan tawakkal menjadi tabii. Begitulah harapan saya dan rakan-rakan yang masih bersama semenjak Februari, 2008.

Kini 2012 telah menjenguk ke tahap April. MayFirst masih wujud. Syukur Alhamdulillah. Walaupun tak segah dan semewah, MayFirst masih bernafas untuk terus harungi dugaan, yakin masanya dah bermula untuk kita melangkah menerokai detik dan tangga kejayaan. 

Hijrah…. Belajar dari dugaan, kita mengambil iktibar dan membuat perubahan . Strategi yang kita rumuskan diolah dengan doa agar mendapat restu, hikmah dan hidayah.

Semestinya, saya mahu rakan sekelian kembali bersama menghidupkan nostalgia kejayaan yang terganggu seketika. Mari kita kuatkan balik Sillaturrahim demi menyahut dan menyambut Hijrah ini. Bersama kita akan mendapat keberkatan Insya’allah.

Dilampirkan bersama adalah nukilan strategi HIJRAH untuk sahabat teliti dan tatapi. Saya percaya ianya dapat menjemput sahabat untuk kembali bergerak menjayakan perniagaan MayFirst yang kita sayangi. 

1. Strategik Objektif Hijrah adalah menyediakan bisnes model yang kompetitif memberi keuntungan lumayan di dalam masa yang agak singkat.
2. Kita menyediakan Pelan Bonus yang efektif dan produk yang produktif.
3. Memperkenalkan struktur Fast Track Fasa 1 
4. Memudahkan kenaikkan pangkat untuk layak meraih bonus Fasa 2 yang tinggi melalui merendahkan GPV, tak perlu tiga kaki dan memperkenalkan Program Business Builder.
5. Reinstate (kekal) pangkat anda dan downline anda ditahap sebelum anda inactive
6. Menyediakan produk pakej yang diminati ramai - Olive Oleo ( the mercedez benz of anti-oxidant) Men & Womens Package (gabungan Phyto Clenz+ Femaling + Collagen)
7. Membina kembali penjenamaan (brand building ) menerusi pengiklanan dan BOM

Dengan Strategi Hijrah ini, MayFirst tidak lagi mengguna pakai promosi harga diskaun (product discounting promotions). Sejurusnya, MayFirst tidak akan mengeluarkan Brochure (Risalah Pengguna) mulai May ini. Semua barangan termasuk Barangan Fasa 1 (Olive Oleo) bersama dengan barangan BB (Business Builder) akan dikenakan harga tetap .

Closing bulan April (penutupan promosi bulan April) dilanjutkan ke Mei 10hb membolehkan anda menikmati harga promosi buat kali terakhir. Harap maklum.
Saya akan menjalankan ‘road show’ pada bulan Mei ini untuk bertemu anda bagi menjelaskan dengan lebih lanjut Strategi Hijrah ini 

Jelajah Hijrah untuk negeri Sarawak dan Sabah akan bermula pada 15hb Mei. Tarikh, tempat dan waktu akan diberitahu kemudian. 

En Khairuddin telah mengadakan jelajah di Pantai Timur (April 20-24 di Trengganu dan Kelantan). Jelajah susulan akan dibuat pada akhir Mei ini.

Insya’allah dengan wujudnya Strategi Hijrah ini, saya bertawakkal ianya akan membawa pembaharuan yang menguntungkan untuk kita semua . Mustahaknya, kita berkerjasama dengan niat suci, prilaku luhur, budaya amanah. Kita menadah tangan memohon terhadap Illahi agar usaha kita diberkati membuahkan Sillaturrahim.

MayFirst…Sihat.Canti.Hebat.

Sillaturrahim Membawa Berkat.

Dato’ Rojali Edris
GayaCara MayFirst

Niat Suci...
Perilaku Luhur...
Budaya Amanah...